:: INTERNATIONAL ISLAMIC DIGITAL LIBRARY ::
7 September 2010 | 28 Ramadan 1431H
HOME
HOME
New user? Sign up here.
Need help signing in?
Inquiry For Advice which requires expert advice
 
 
 
   
 
   
 
Abdul Monir Yaacob
ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND PRODUCTS
 
Dato' Hamiza Ibrahim
Islam and Development in Asia
 
   
 
  IBN KHALDUN

(1332-1395 C.E.) Abd al-Rahman Ibn Mohammad is generally known as Ibn Khaldun after a remote ancestor. His parents, originally Yemenite Arabs, had ...

[ more ]  
 
   
 
Subscribe to our newsletter

Get updates and latest news regarding IIDL with our newsletter. A monthly edition will be sent direct to your email.
 
       
 
 Collection
Konsep mudarabah di dalam sebahagian produk Takaful : kajian pelaksanaannya berdasarkan pandangan empat madhhab
 
Call Number:BP158.I46M834 1998
Abstract:Kajian penulisan ini menumpukan kepada operasi produk kenderaan berenjin dalam insurans Islam di MNI Takaful. Ia bermatlamat untuk menilai dan mengkaji masalah-masalah yang timbul dari operasi tersebut khususnya penggunaan mudarabah dalam aspek pelaburannya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah secara temubual dengan pihak MNI Takaful dan mereka yang terlibat dalam institusi insurans. Rujukan bahan di perpustakaan juga dibuat untuk mengkaji konsep-konsep yang berkaitan. Seterusnya dibuat ulasan, pandangan serta cadangan penyelesaian bagi masalah yang timbul. Dalam bab pertama kajian difokuskan kepada konsep mudarabah di dalam Islam. Perbincangan melibatkan pandangan keempat-empat madhhab di dalam Islam. Bab kedua membincangkan pelaksanaan takaful di Malaysia dari segi penubuhannya dan cara-cara urusniaga di MNI Takaful. Dalam bab ketiga kajian ditekankan kepada operasi takaful kenderaan berenjin. Permasalahan yang terbabit dihuraikan dan dijelaskan penyelesaiannya. Bab yang terakhir adalah kesimpulan kepada keseluruhan dan cadangan-cadangan yang perlu untuk kemajuan institusi insurans Islam di Malaysia. Berdasarkan kajian ini didapati bahawa pelaksanaan mudarabah dalam produk kenderaan berenjin adalah kurang tepat dan boleh mengelirukan masyarakat Islam. Seterusnya pengkaji telah memberikan alternatif yang sepatutnya boleh dilakukan untuk operasi insurans Islam dengan lebih jelas lagi.
Hyperlink:More Info